Select your language

This website will display in the language you choose.

Pertanyaan

Gunakan borang ini untuk mengajukan soalan atau untuk permintaan bantuan kepada NAATI.

NAATI tidak menyediakan khidmat penterjemah atau jurubahasa. Untuk mencari penterjemah atau jurubahasa, gunakan panduan dalam talian.

Hubungi NAATI

FAQs

NAATI, iaitu National Accreditation Authority for Translators and Interpreters (Lembaga Akreditasi Nasional Penterjemah dan Jurubahasa), ialah badan yang bertanggungjawab menetapkan dan memelihara piawai peringkat negara untuk penterjemah dan jurubahasa di Australia.

NAATI memperakui pengamal supaya kerajaan, perniagaan dan masyarakat dapat meyakini perkhidmatan bahasa adalah tepat, profesional dan beretika.

Apakah yang dilakukan NAATI:
NAATI menguji dan memperakui penterjemah dan jurubahasa. Badan ini menetapkan piawai negara bagi penterjemahan dan interpretasi, menyelenggara panduan awam dalam talian bagi pengamal yang diperakui, serta menyokong mutu dan profesionalisme dalam sektor perkhidmatan bahasa.

Apakah yang tidak dilakukan NAATI:

NAATI tidak menyediakan perkhidmatan penterjemahan atau interpretasi, tidak menggaji penterjemah atau jurubahasa, memperuntukkan tugas atau tempahan, atau menetapkan harga atau bayaran untuk perkhidmatan.

Jika anda memerlukan terjemahan dokumen atau ingin menempah khidmat jurubahasa, anda perlu menghubungi pengamal yang diperakui NAATI atau syarikat penyedia perkhidmatan bahasa secara langsung.

NAATI menyediakan panduan dalam talian untuk penterjemah dan jurubahasa yang memegang perakuan NAATI. Panduan ini merupakan salah satu cara utama bagi masyarakat untuk mencari pengamal yang diperakui untuk ditugaskan.

Hasil gelintar daripada panduan tersebut menunjukkan tauliah yang tertinggi dahulu, kemudian nama dipaparkan secara rambang supaya tiada pengamal yang lebih diutamakan daripada pengamal lain.

Penterjemah dan jurubahasa perlu memilih untuk dipaparkan dalam panduan tersebut. NAATI tidak mendedahkan butiran hubungan bagi pengamal yang tidak disenaraikan.

Alat bantu ini membolehkan anda memeriksa sama ada seseorang penterjemah atau jurubahasa masih diperakui oleh NAATI, dan melihat butiran perakuannya.

Alat bantu ini mengesahkan sama ada pengamal yang anda bertujuan menugaskan berkelayakan, diperakui, dan mampu menyediakan perkhidmatan profesional, atau membolehkan anda menentukan sama ada suatu terjemahan yang telah anda terima disiapkan oleh penterjemah yang diperakui NAATI.

Was this page helpful?(Required)

Your feedback helps us improve this page. NAATI uses this feedback to improve our website.

If you need a reply, please use our Contact us form.