Select your language

This website will display in the language you choose.

Soalan Lazim

Saring mengikut


Soalan Lazim

Menggelintar penterjemah mengikut nama sahaja bukanlah cara yang boleh diyakini untuk mengesahkan seseorang pengamal. Ramai pengamal yang mungkin sama atau serupa namanya, dan ada yang mungkin serupa jenis tauliahnya. Ini mungkin menimbulkan kesulitan untuk mengesahkan anda telah mengenal pasti orang yang betul.

Cara paling tepat untuk mengesahkan perakuan seseorang pengamal adalah denganCPN (Nombor Pengamal Diperakui - Certification Practitioner Number) pengamal tersebut. Setiap pengamal yang diperakui mempunyai CPN tersendiri, yang membolehkan anda mengesahkan status perakuannya dengan yakin.

Kami mengesyorkan agar anda:

  • Meminta CPN pengamal berkenaan
  • Menggunakan alat bantu “Periksa Perakuan Pengamal” (Check a Practitioner) NAATI bagi mengesahkan tauliahnya

Panduan awam kami direka untuk membantu anda mencari dan menghubungi pengamal yang telah memilih untuk memaparkan butiran. Tidak semua pengamal terpapar dalam panduan, terutama jika telah memilih agar tidak memaparkan butiran hubugan.

Bagi memastikan anda berurusan dengan pengamal yang diperakui, selalu minta CPNnya dan sahkan dengan alat bantu rasmi.


Senarai bahasa hanya mengandungi bahasa yang sekurang-kurangnya seorang pengamal yang diperakui oleh NAATI telah bersetuju untuk disenaraikan dalam panduan ini.

Jika anda tidak dapat melihat bahasa anda, ini mungkin kerana:

  • Pada masa ini tiada pengamal untuk bahasa tersebut, atau
  • Practitioners in that language have not chosen to display their details in this directory.

Kami tetap mengemas kini panduan ini apabila pengamal memilih untuk disenaraikan.

Bahasa-bahasa dalam panduan ini juga pada umumnya disenaraikan dengan nama bahasa piawai ISO 639-3. Ini bermakna bahawa bahasa tertentu mungkin dipaparkan dengan nama yang berbeza, namun masih berkaitan.

Misalnya, Swahili mungkin sebaliknya disenaraikan sebagai Kiswahili.

Jika anda tidak dapat menemui bahasa anda, cuba lakukan penggelintaran dengan menggunakan:

  • Nama bahasa yang lebih umum
  • An alternative spelling

Jika anda masih belum pasti, lihat panduan kami tentang: Apa yang patut dilakukan apabila tiada jurubahasa atau penterjemah yang diperakui atau hubungi kami untuk memperoleh bantuan.

'Disahkan tetapi tamat tempoh' (verified but expired) bermakna pengamal telah diperakui oleh NAATI sebelum ini, tetapi perakuan tersebut tidak lagi sah. Perakuan NAATI mesti diperbaharui setiap tiga tahun melalui proses yang dipanggil perakuan semula. Jika tidak diperakui semula, perakuan akan tamat tempoh. NAATI tidak dapat mengesahkan bahawa seseorang pengamal dengan perakuan yang tamat tempoh memenuhi piawaian profesional semasa.

Untuk terjemahan: Jika terjemahan disiapkan oleh penterjemah yang diperakui oleh NAATI semasa mempunyai perakuan yang aktif, terjemahan tersebut akan tetap sah selama-lamanya.

Tiada tarikh tamat tempoh untuk terjemahan. Apabila sesuatu dokumen selesai diterjemahkan oleh penterjemah diperakui NAATI, terjemahan tersebut tetap sah selama-lamanya. Namun, sesetengah badan, misalnya agensi kerajaan, mungkin meminta terjemahan yang disiapkan baru-baru ini atau pengesahan bahawa kandungan terjemahan tidak berubah, jadi sebaiknya bertanyalah tentang keperluan khusus badan tersebut.

Sesetengah maklumat dalam profil pengamal merupakan maklumat pilihan yang dilaporkan sendiri. NAATI membenarkan pengamal memilih sama ada dipaparkan butiran seperti kelayakan, perkhidmatan atau bidang kepakaran. Memandangkan hal ini, maklumat tersebut tidak disahkan oleh NAATI.

Jika sesuatu medan maklumat tidak dipaparkan, ini hanya bermakna pengamal berkenaan tidak memilih untuk dipaparkan. Ini tidak bermakna pengamal tersebut kurang latihan atau kepakaran dalam bidang itu.

Alat bantu ini membolehkan anda memeriksa sama ada seseorang penterjemah atau jurubahasa masih diperakui oleh NAATI, dan melihat butiran perakuannya.

Alat bantu ini mengesahkan sama ada pengamal yang anda bertujuan menugaskan berkelayakan, diperakui, dan mampu menyediakan perkhidmatan profesional, atau membolehkan anda menentukan sama ada suatu terjemahan yang telah anda terima disiapkan oleh penterjemah yang diperakui NAATI.

Jika tiada pengamal yang diperakui NAATI, mungkin ada pilihan lain bergantung pada bahasa dan situasi anda.

Baca artikel kami “Apa yang patut dilakukan apabila tiada jurubahasa atau penterjemah yang diperakui NAATI” untuk panduan praktikal dan langkah seterusnya.

Ini bergantung pada keperluan anda. Bacalah artikel kami “Memilih pengamal individu atau penyedia perkhidmatan bahasa” untuk panduan lanjut.

Kepakaran bidang bererti pengetahuan dan pengalaman seseorang pengamal dalam bidang tertentu, misalnya undang-undang, perubatan, kesihatan, pendidikan atau perkhidmatan masyarakat.

Memilih pengamal yang berkepakaran dalam bidang yang relevan boleh membantu memastikan interpretasi atau penterjemahan dalah tepat, wajar dan sesuai untuk tujuan. Memaparkan kepakaran bidang dalam panduan dalam talian NAATI bersifat pilihan dan terpulang kepada pengamal berkenaan, dan tidak disahkan oleh NAATI. Jika seseorang pengamal tidak memaparkan kepakaran bidang, tidak bermakna bahawa ia kurang berpengalaman dalam bidang tersebut.

Dalam sesetengah budaya, seseorang mungkin hanya selesa bercakap dengan jurubahasa berjantina tertentu. Misalnya, seorang wanita mungkin lebih menginginkan jurubahasa wanita untuk perkara sensitif kesihatan atau undang-undang. Menyediakan pilihan ini membantu klien berasa selamat dan dihormati, dan memastikan komunikasi adalah tepat.

Memaparkan jantina dalam panduan dalam talian bersifat pilihan dan terpulang kepada pengamal berkenaan.

1-10 of 18 results
Was this page helpful?(Required)

Your feedback helps us improve this page. NAATI uses this feedback to improve our website.

If you need a reply, please use our Contact us form.